Sudah agak lama Cikgu Misae tak tulis dalam blog Misae World....Hari ni, de plak mood nk menulis..
Suasana
di tempat kerja dh berlainan dari dulu...Cikgu Misae bertugas menjadi
kerani separuh masa semula...Tanggungjawab lebih berat, dimana Cikgu
Misae perlu membantu sekolah untuk mencari dana...
Masalah kewangan sekolah sangat teruk sekarang...Kakitangan sekolah masih tidak mendapat gaji untuk bulan Jun 2012 ni...Kalau yang dapat gaji pun hanya separuh saja yang di beri...Sekolah yang terdiri dari 4 blok rumah kedai, kini tinggal 3 blok sahaja....sedih nya...
Masalah ni dh lama di alami oleh sekolah...menjadi lebih parah apabila pengurus bahagian dana sekolah tidak membuat sebarang usaha untuk kemasukan duit kepada sekolah..Usaha sekadar melepaskan batuk di tangga...cukup bulan minta gaji...adoiyai....
Setiap pekerjaan yang kita buat, perlu lah berbaloi dengan gaji yang kita perolehi..hati perlulah ikhlas..Bos pun rasa puas hati dengan kerja2 yang kita lakukan..duit yang kita dapat hasil daripada kerja yang kita buat pun menjadi berkat... Untuk menanggung family, dan untuk menjadi darah daging kita..
Biar pun kita tidak mempunyai pangkat yang tinggi, bersunguh-sungguh lah kita membuat tugasan yang di amanah kan...Seperti Mak Cik Jamaliah, cleaner kat sekolah aku...
Datang awal2 pagi, lewat petang baru balik rumah...umur lebih 70 tahun.. Masih kuat untuk mencari rezeki sendiri. Tak mcm setengah2 org yang tau minta gaji di hujung bulan, tapi dok goyang kaki kat ofis...
Sekarang ni siapa yang rugi bila gaji dah di potong separuh? Itu pun atas belas ehsan Encik bos...Ceh!!
Cikgu Misae pula di tugaskan untuk membuat surat dana untuk di hantar kepada Kompeni2 yang ada di dalam Malaysia... Seronok juga buat kerja ni, lebih2 lagi dengan sokongan kawan2... Harap2 usaha Cikgu Misae akan mendatang kan hasil...AMIN...