Hari ini Cikgu Misae nk bebel pasal hubungan cinta yang memerlukan restu kedua ibu bapa...Yang kita amat faham yang ia nya sangat penting dalam mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T...
Perkenalan kita dengn pasangan mungkin terjadi tanpa kita duga...melalui keluarga, kawan2, atau media2 yang sedia ada...seperti internet, handphone...
Bila kita memulakan suatu perhubungan, pada awal nya mungkin kita tidak mahu memberi tahu ibu bapa kerana bimbang ia hanya perhubungan bersifat sementara, atau mahu mengenal hati budi pasangan kita...Ia mungkin memakan masa beberapa bulan atau bertahun...lagi singkat masa nya lebih bagus...
Kemudian, kita perlu kenalkan pasangan kita kepada ibu bapa, jika kita yakin dia lah pasangan yang tepat untuk kita dan dia lah jodoh yang di tentukan oleh Allah S.W.T....
Masalah akan timbul jika ibu bapa tidak menerima/ berkenan dengan pilihan kita, apa yang kita boleh buat ialah:-
- Menceritakan kebaikan pasangan kita tetapi jangan sampai menipu
- Menyuruh pasangan kita berjumpa dan meminta izin daripada ibu bapa kita untuk berkawan dengan anak mereka...
- Meminta izin setiap kali ingin keluar bersama
- Digalakkan membawa buah tangan seperti buah-buahan
- Bergaul dengan family pasangan anda...adik baradik nya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan