Selasa, 29 Mei 2012

Kutu Owh Kutu

Ramai sangat orang main duit kutu sekarang...sebab tu cara paling efektif untuk menyimpan atau mengumpul duit...Lebih2 lagi untuk orang yang boros dan tak pandai menyimpan wang... Macam air saja duit mengalir..Hari ini dapat gaji, esok / lusa dah habis....hehehe

TETAPI.......

Untuk mengelakkan penipuan berlaku semasa bermain kutu ada perkara2 yang perlu diberi perhatian:

  • Siapa yang dilantik untuk menjadi bendahari
Tugas yang sangat mencabar..apa yang mencabar nya??
- Hari2 mengadap duit yang banyak boleh menggelapkan mata...Lumrah manusia, sifat tamak boleh menguasai seseorang...
 - Menggunakan duit yang terkumpul untuk kegunaan diri sendiri/ mendahulukan duit kutu rakan2 untuk urusan peribadi...
Jadi....Pilihlah kawan2 yang amanah..

  • Siapa ahli2 yang bermain
Ahli2 ini mesti lah terdiri dari kenalan2 rapat dan kita sudah tahu latar belakang nya... Alamat rumah, No. Telefon, dan orang yang kita boleh hubungi jika berlaku apa2 kejadian.. Jika kita bemain kutu dengan orang yang tidak kita kenali, risiko yang tinggi untuk berlaku penipuan...

Penipuan yang bagaimana???
- Cuma membayar sehingga bulan giliran nya sahaja, kemudian mendiam kan diri..dan sukar di hubungi..
- Hangat2 tahi ayam...awal2 duit kutu dibayar bila tiba waktu nya...kemudian, mula bertangguh2 dan banyak memberi alasan untuk membayar duit kutu...

  • Kemampuan Ahli untuk membayar duit kutu
Amaun yang perlu dibayar oleh setiap ahli hendak lah selaras dan mampu dibayar oleh ahli2 tersebut dan ahli mempunyai pendapatan tetap..Jika tangga gaji rendah, cukuplah dengan Rm50-100 sebulan...Jika yang berkemampuan, boleh memasukkan dua atau lebih nama dalam pusingan untuk mendapatkan giliran duit kutu tersebut....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan