APAKAH IMPIAN ANDA DALAM MEMBENTUK KELUARGA?
INGIN MEDAPAT KELUARGA YANG BAHAGIA, SALING BERTOLAK ANSUR, SALING HORMAT MENGHORMATI DAN BERKEKALAN SELAMANYA...
Soalan ini mereka tanya semasa Cikgu Misae pergi kursus kahwin di Masjid Negara.. Harap2 impian ini termakbul...Amin...
Maklumat dan ilmu yang sangat berguna dipelajari oleh Cikgu Misae kat sana..Dengan barisan ustaz-ustazah yang mempunyai banyak pengalaman dalam alam perkahwinan, most of them menjadi kaunselor bagi mereka yang mengalami masalah dalam keluarga atau suami isteri...
Hampir setiap minggu diadakan kursus pra perkahwinan, setiap hari Sabtu dan Ahad...Memang tak rugi dan berbaloi dengan bayaran RM80.00 sahaja..(promote la pulak...hehehe)
Walaupun pergi untuk menemani adik dan pasangan nya..tetapi, Cikgu Misae tak mahu mensia-sia kan peluang yang hanya dilalui 1 kali seumur hidup...kecuali, sijil pra perkahwinan ini rosak, kita kena mengulangi kursus ini...
Apa yang Cikgu Misae boleh katakan tentang kursus ini, ia banyak memberi kita panduan dalam perhubungan kekeluargaan..bukan sahaja dengan pihak suami, tetapi juga dengan pihak keluarga perempuan, keluarga lelaki dan adik-beradik...
Bila pula masa Cikgu Misae menamat kan zaman bujang??
Itu belum tahu lagi...hehehe. Doa2 kan lah Cikgu Misae mendapat jodoh cepat2 dan berkekalan hingga ke syurga...^_6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan