Hari ni 11 Mac 2014, dekat 3 bulan aku tamat belajar di Giatmara Gopeng...
Bila aku kenang balik, belajar kat sini beri aku banyak pengalaman menarik..
Aku yang dulu nya pasif waktu belajar..sama ada di peringkat sekolah, matrikulasi dan universiti.. Tapi di giat, aku sangat aktif.. Mungkin sebab aku belajar sesuatu yang aku minat, membuat kan aku berubah..hehehe.
Imbas semula...
Pada bulan 6, aku di temuduga untuk masuk ke giatmara gopeng, kami perlu menunjukkan contoh2 jahitan yang kami tau, dan menjawab soalan2 berkaitan fesyen.. Aku tak berapa tau sangat pasal fesyen.. pasal jenis kain.. apa lagi, tanya2 orang sebelah la... :p
Aku pergi dengan sepupu aku...aku panggil dia Nad.. Jawapan aku, banyak yang aku tiru Nad...hehehe.
Cikgu Zahir Sulaiman yang interview aku.. Macam serius je orang nya... (awal2 je tu..)
Aku di terima masuk..Cikgu ada 2 orang, Cikgu Gee (Rozita Othman) dan Cikgu Zahir.. Masing2 sangat baik, sangat mahir bidang jahitan, sangat mengambil berat tentang pelajar mereka..Dua2 aku sayang.. Aku yang tak pernah rapat dengan cikgu @ lecturer pun boleh menjadi rapat dengan mereka ni..
Kenal dengan kawan baru.. Nasuha (cu-a), Izzah, Mila, Ifa, Intan, Ida, Kak Shirah, Dayah, Kak Zira, M.cik Ida, Kak Ina, Ain, Shahira, Abby, Nadia, Tini, Iqa, K. Iza, Ija...macam2 hal jadi masa belajar.. de yang jadi geng, de yang gaduh, de yang baik pada awal nya..tapi tiba2 je tukar rupa...lumrah belajar...
Antara jahitan pakaian yang aku belajar di giat...baju kurung, baju kuung moden, baju melayu, baju melayu moden, blouse, kemeja, seluar slek, baju kanak2, pelbagai jenis kain, dan kebaya.. Aku ikut kursus menjahit tudung, kursus menjahit langsir dan belajar menjahit jubah @ dress dengan cikgu Gee...
Aku juga, menyertai Pertandingan Inovasi antara giatmara... Kami menghasil kan Smart Tools Bag.. Kami antara yang terpilih mewakili Perak untuk bertanding antara negeri.. Tapi rezeki kami sampai had itu saja..
Pengalaman yang aku dapat sangat2 bernilai..dan tak sangka aku akan melibatkan diri sampai macam tu sekali...
Sekarang....
Aku masuk program Incubator...Nad pun masuk.. Kawan2 incubator- Kak Shira, Wati, Mala, Kak Ton, M.cik Ida.. Kami menerima tempahan menjahit baju, skirting, langsir dan lain2... Bergerak secara kumpulan.. Dan, secara personal dengan Nad... Nad banyak tolong aku.. Tempahan dari kawan2 dia, dia akan bahagi 2 dengan aku.. Sayang Cik Nad...hehehe.
Aku harap semua nya berjalan lancar...Aku nak bina kerjaya dibidang jahitan.. Moga murah rezeki aku dalam bidang ni.. Amin....
Salam. Saya berminat nak join Giatmara utk jahitan. Takde basic. Risau pula kene jawab soalan2 jahitan ni..
BalasPadam