Rabu, 29 Mei 2013

11 Jun 2013- Interview Sijil Jahitan Pakaian Wanita

Moga dipermudah kan..... Amin...

Arus baru bakal muncul dalam hidup aku.... Jika ada rezeki, aku akan beralih arah ke bidang jahitan, dan meninggal kan bidang pendidikan... Jika ada peluang, aku akan terus kan kedua-duanya sekali...

Aku perlu merangka kehidupan untuk masa hadapan.. Aku takkan ke mana jika terus berada di takuk lama...

Keluarga dah pun memberi restu..mereka faham dan menyokong minat aku dalam bidang jahitan.. Walaupun hasil jahitan aku ialah langsir2 untuk rumah aku, tetapi apa salah nya aku cuba belajar menjahit pakaian wanita yang banyak memberi keuntungan...


Mungkin suatu hari nanti, aku akan mempunyai kedai menjahit/ butik sendiri... mungkin juga aku akan menjadi tukang jahit bagi keluarga aku sahaja... hehehe.


walau apa pun, aku akan tetap positif...jika interview tu tak berjalan lancar,  aku akan tetap berhenti kerja di ma'ahad tahfiz, untuk mencari rezeki di tempat lain... Mungkin menjadi guru ganti di sekolah kebangsaan, atau mungkin bekerja dalam bidang pentadbiran di mana2 syarikat...

Terlampau banyak kemungkinan yang bakal berlaku... Aku serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T...Hanya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk aku....