Sabtu, 6 Oktober 2012

Aku dan Cikgu

Assalamua'laikum...

Pada hari pertama di interview menjadi cikgu, hati rasa amat berdebar... Lebih2 lg dengan diri yang tiada pengalaman mengajar.. Tapi Alhamdulillah, memang rezeki aku kat sana...

Walaupun memang diri bercita-cita nak jadi cikgu sejak kecil, tapi peluang tak muncul2...Apply Maktab, tak dapat...Apply UPSI pun tak dapat gak... Akhirnya, masuk belajar bidang Teknologi Alam Sekitar... Cita2 nak jadi cikgu, aku lupakan...

Selepas habis belajar, pernah jugak aku apply KPLI, dapat menghadiri test...tapi tak lulus kot..hehehe. Apply jadi cikgu dalam Program PERMATA..tapi sebab tak cukup gedik, kena reject gak..

Satu hari, adik sepupu bagi tau kat sekolah tempat dia bekerja perlukan Guru Akademik... Aku mencuba nasib lagi... Permohonan kerja di terima.. Sekolah swasta, Ma'ahad Tahfiz untuk pengajian anak2 yatim dan fakir miskin..



Sekarang, hampir 11 bulan bekerja kat sana...memang banyak cabaran yang menduga.. Macam2 masalah di hadapi sekolah.. Mungkin sebab memang cita2 aku nak jadi cikgu, aku kekal bekerja kat sana.. Hati juga rasa berat nak tinggal kan murid2 kesayangan aku... Nak tengok mereka jadi insan yang berjaya satu hari nanti...

Kadang2 sedih juga, bila mereka berhenti dan memulakan persekolahan di tempat lain... Tapi untuk kebaikan mereka..bertukar di sekolah yang lebih baik, kemudahan yang lebih lengkap.. Aku relakan, dan aku berharap mereka gembira di sekolah baru mereka... Jangan lupakan kami ye....

Semua murid2 aku sayang sama rata...tiada beza.. tiada pilih kasih.. Ilmu yang aku ajar dan kongsikan mungkin akan berguna untuk mereka bila mereka masuk universiti atau untuk digunakan apabila mereka bekerja nanti.. Gunakan lah ilmu itu sebaik-baiknya...


Selamat berjaya walau di mana kamu semua berada... Semoga ikatan kekal selama nya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan