Assalamuaikum...^_^
Setelah 16 tahun, keluargaku pulang ke Langkawi...
Langkawi penuh dengan kenangan indah zaman kanak2... Aku menetap kat sana dari usia 6 tahun hingga 10 tahun..
Sekarang usia aku dah menjangkau 26 tahun...baru berkesempatan ke Langkawi semula..
Layanan mesra dari kenalan2 di Langkawi masih seperti dulu... Ibarat saudara kandung... Terasa seperti pulang ke kampung sendiri...
Semasa di Langkawi, aku dapat merasakan perubahan2 yang berlaku di Langkawi... Semakin maju, semakin banyak simpang2 jalan yang tak pernah aku lalui..
Semakin banyak tempat yang boleh di kunjungi...
Mengimbau kenangan lama...
Percaya atau tidak, aku pernah melukis ikan emas ini semasa menyertai pertandingan melukis waktu aku darjah 3 atau darjah 4.. tapi tak menang pun...hehehe.
Aku mungkin akan kembali ke Langkawi semula, tetapi tak tau bila... Yang pasti tempoh masanya tak akan mencecah 16 tahun lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan