Rabu, 30 Januari 2013

Keampunan-Mu

Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T, manusia sering lalai... Manusia tetap akan melakukan kesalahan.. Tanpa mengira pangkat, walau pun manusia itu de kenali dengan panggilan Ustaz/Ustazah... Yang tiada ilmu agama pula akan terus sesat dalam dunia mereka.. Mungkin suatu hari nanti mereka akan mendapat hidayah untuk bertaubat....

Aku, masih lg bertatih dalam melakukan perintah Allah S.W.T... Aku manusia yang hina di sisi-Nya, banyak dosa yang telah aku lakukan.. Harap dosa aku mendapat keampunan-Nya... Walaupun aku begini, rezeki yang Allah S.W.T berikan tak pernah putus... Dari segi kesihatan, makan minum, dan udara yang aku sedut sehingga hari ini....

Kadang2, aku terleka juga dengan nikmat dunia...Aku lupa erti bersyukur... Aku sering marah dan merungut tentang nasib aku yang kurang baik dari segi kewangan, pekerjaan... Ada masa nya, ia memberi tekanan kepada aku... Bila otak kembali berfungsi, cepat2 aku beristighfar.. Astaghfirullahhala'zim... Aku tenang kan hati, dan berfikir sejenak....

Di dalam dunia ini, ada orang yang lebih malang dari aku.. Ada yang tak makan, tak minum... Tiada tempat tinggal.. Tiada pekerjaan... Dan, ia membuatkan aku bersyukur di atas nikmat hidup yang diberi-Nya... Alhamdulillah.....



Ya Allah, aku hanya makhluk Mu yang kerdil, yang sering melakukan dosa.. Aku mohon keampunan dari Mu ya Allah... Ampun kan dosa2 yang telah aku lakukan... Kau bukakanlah pintu rezeki Mu padaku.. Kau kurniakan lah rezeki kepadaku.... Tunjukkan lah jalan yang lurus kepadaku agar aku tidak lagi berada dalam kesesatan... Hanya Engkau yang dapat membantuku Ya Allah...Amin, Ya rabbala'almin...

Rabu, 23 Januari 2013

Aku Dan Pilihan

Manusia akan diuji dengan pelbagai masalah, pelbagai persoalan dan pelbagai pilihan yang tidak di ketahui baik dan buruk nya...

Sekarang, aku sedang di uji dengan masalah di tempat kerja.. Sekolah kami menghadapi masalah yang boleh membawa kepada penutupan.. Dan, aku buntu... Perlukah aku mencari kerja di tempat lain? Setelah setahun bekerja di sana, aku rasa sayang untuk meninggal kan tempat yang memberi aku peluang untuk mencapai cita2 aku sebagai pendidik anak bangsa...

Jika ada peluang untuk aku bertukar ke sekolah lain, adakah mereka boleh terima cara aku mengajar? Guru yang tidak pernah menyertai mana2 program pendidikan.. hanya ada keinginan untuk menjadi guru.. Kebanyakan sekolah2 jenis Ma'ahad Tahfiz hanya berteraskan hafazan Al-Quran dan peraturan dari segi batas pergaulan dan cara pemakaian.. Aku berbeza dari mereka.. Mahukah Ma'ahad Tahfiz lain menerima aku sebagai guru di tempat mereka??

Kadang2 aku rasa mahu mencari pekerjaan berdasarkan Ijazah Teknologi Alam Sekitar yang aku ada.. Bekerja dengan gaji yang tinggi.. Tapi ada ketakutan dalam hati aku.. Ketakutan yang menyatakan aku tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang berat macam tu...

Hati....kenapa kau gelisah untuk membuat keputusan?? Aku perlu kan semangat dan dorongan.... Siapa yang dapat membantu aku???

Ya Allah, Aku mohon pada-Mu untuk kecekalan hati...dan permudahkan lah liku2 kehidupan yang harus aku tempuhi... Amin...

Khamis, 17 Januari 2013

Jodoh...Oh, Jodoh...

kita tidak mengetahui apa yang ditakdirkan untuk kita... soal hidup mati, rezeki, jodoh...

Tahun ni, 2013, umur aku akan mencecah 27 tahun pada bulan April ni... Mungkin pada zaman ni, perempuan sebaya aku tidak lg di kategori kan sebagai "anak dara tua"...tp bila hampir mencecah 30 tahun, aku jd risau... Adakah aku akan kekal dengan status bujang sehingga aku berumur 30 tahun??? ohhh...TIDAK!!!!

Jodoh..Allah S.W.T je yang tahu...Aku cuma dapat berharap aku akan bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membimbing aku (soleh) dan sayang kan aku dengan seadanya... Harta? Harta pun penting untuk menjamin masa hadapan. Tetapi ia bukan krateria yang utama dalam pemilihan jodoh aku... dan aku memang bukan jenis yang memilih....^_^

Bila umur makin meningkat, makin kerap lah di hujani dengan pertanyaan2 "kau bila lagi?"... Lebih2 lagi waktu sesi bertemu keluarga...Sebenar nya, soalan2 ini boleh mendatang kan tekanan pada orang yang ditanya....Aish...tak pikir ke perasaan insan istimewa seperti kami?...hehehe...

Papehal pun, doa kan aku untuk cepat2 bertemu dengan jodoh aku... Semoga berkat doa kalian dan keluarga, aku akan menamatkan zaman bujang aku tak lama lagi...