Rabu, 23 Januari 2013

Aku Dan Pilihan

Manusia akan diuji dengan pelbagai masalah, pelbagai persoalan dan pelbagai pilihan yang tidak di ketahui baik dan buruk nya...

Sekarang, aku sedang di uji dengan masalah di tempat kerja.. Sekolah kami menghadapi masalah yang boleh membawa kepada penutupan.. Dan, aku buntu... Perlukah aku mencari kerja di tempat lain? Setelah setahun bekerja di sana, aku rasa sayang untuk meninggal kan tempat yang memberi aku peluang untuk mencapai cita2 aku sebagai pendidik anak bangsa...

Jika ada peluang untuk aku bertukar ke sekolah lain, adakah mereka boleh terima cara aku mengajar? Guru yang tidak pernah menyertai mana2 program pendidikan.. hanya ada keinginan untuk menjadi guru.. Kebanyakan sekolah2 jenis Ma'ahad Tahfiz hanya berteraskan hafazan Al-Quran dan peraturan dari segi batas pergaulan dan cara pemakaian.. Aku berbeza dari mereka.. Mahukah Ma'ahad Tahfiz lain menerima aku sebagai guru di tempat mereka??

Kadang2 aku rasa mahu mencari pekerjaan berdasarkan Ijazah Teknologi Alam Sekitar yang aku ada.. Bekerja dengan gaji yang tinggi.. Tapi ada ketakutan dalam hati aku.. Ketakutan yang menyatakan aku tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang berat macam tu...

Hati....kenapa kau gelisah untuk membuat keputusan?? Aku perlu kan semangat dan dorongan.... Siapa yang dapat membantu aku???

Ya Allah, Aku mohon pada-Mu untuk kecekalan hati...dan permudahkan lah liku2 kehidupan yang harus aku tempuhi... Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan