Isnin, 29 April 2013

Pemergian Yang Di Tangisi

Pada 19 Februari 2013, family aku di kejutkan dengan berita pemergian adik saudara yang aku kasihi...
Dia terlantar sakit hanya dalam masa seminggu, dan pada pengetahuan kami, keadaan dia semakin pulih... Hampir setiap hari kami pergi menjenguk arwah, di hospital, di rumah.. Tak sangka ini akan berlaku...

Arwah Amin seorang yang periang, penyayang, ramah, lembut hati... Pernah suatu hari dia datang dengan air mata bergenang...bila di tanya, dia cakap yang dia baru sahaja merotan pelajar atas kesalahan membawa benda terlarang di asrama.. Tugas sebagai warden, memang berat..  Tanggungjawab warden untuk memantau disiplin pelajar memerlukan kesabaran yang tinggi,lebih2 lagi dengan karenah pelajar yang tidak pernah habis.. Walaubagaimana pun, Arwah sangat di sayangi oleh pelajar2..



Dia bercita-cita untuk jadi penyanyi.. Sejak dari kecil, itu lah impian dia... Penyanyi yang paling dia minati ialah Stacy.. Setiap hari di ofis, di akan datang bersembang, lagu Stacy tak pernah lekang dari mulut dia... Lagi2 lagu Pelangi Senja... Sehinggakan nama dalam Facebook pun dia tukar kepada Pelangi Senja..

Sehingga sekarang, bila lagu Pelangi Senja berkumandang, aku akan teringat pada arwah..kadang2 air mata menitis terkenangkan arwah.. Aku merupakan pemberi semangat untuk dia mengejar impian dia sebagai penyanyi.. Dia selalu nyanyi lagu2 kegemaran dia di hadapan aku dengan bersungguh, walau pun pitching suara lari, aku dengarkan saja...hehehe

Aku dan arwah sering bertukar pendapat..tentang semuanya... Walaupun aku lebih tua dari dia, aku sering meminta pendapat dan nasihat dari dia... Arwah merupakan pelajar sekolah aliran agama, jadi ilmu2 agama dia lebih tinggi dari aku... Kadang2 aku rasa sunyi, tak ada lagi celoteh2 adik saudara aku ni... Perasaan ni mungkin akan kekal sampai bila2..

Ya Allah, rindunya aku pada adik saudara ku ini, kadang2 tak tertahan..tapi aku redha dengan ketentuan Mu.. Engkau lebih menyayangi dia.. Tempatkan lah dia dikalangan orang yang dikasihi Mu..Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan