Selasa, 29 Mei 2012

Kutu Owh Kutu

Ramai sangat orang main duit kutu sekarang...sebab tu cara paling efektif untuk menyimpan atau mengumpul duit...Lebih2 lagi untuk orang yang boros dan tak pandai menyimpan wang... Macam air saja duit mengalir..Hari ini dapat gaji, esok / lusa dah habis....hehehe

TETAPI.......

Untuk mengelakkan penipuan berlaku semasa bermain kutu ada perkara2 yang perlu diberi perhatian:

  • Siapa yang dilantik untuk menjadi bendahari
Tugas yang sangat mencabar..apa yang mencabar nya??
- Hari2 mengadap duit yang banyak boleh menggelapkan mata...Lumrah manusia, sifat tamak boleh menguasai seseorang...
 - Menggunakan duit yang terkumpul untuk kegunaan diri sendiri/ mendahulukan duit kutu rakan2 untuk urusan peribadi...
Jadi....Pilihlah kawan2 yang amanah..

  • Siapa ahli2 yang bermain
Ahli2 ini mesti lah terdiri dari kenalan2 rapat dan kita sudah tahu latar belakang nya... Alamat rumah, No. Telefon, dan orang yang kita boleh hubungi jika berlaku apa2 kejadian.. Jika kita bemain kutu dengan orang yang tidak kita kenali, risiko yang tinggi untuk berlaku penipuan...

Penipuan yang bagaimana???
- Cuma membayar sehingga bulan giliran nya sahaja, kemudian mendiam kan diri..dan sukar di hubungi..
- Hangat2 tahi ayam...awal2 duit kutu dibayar bila tiba waktu nya...kemudian, mula bertangguh2 dan banyak memberi alasan untuk membayar duit kutu...

  • Kemampuan Ahli untuk membayar duit kutu
Amaun yang perlu dibayar oleh setiap ahli hendak lah selaras dan mampu dibayar oleh ahli2 tersebut dan ahli mempunyai pendapatan tetap..Jika tangga gaji rendah, cukuplah dengan Rm50-100 sebulan...Jika yang berkemampuan, boleh memasukkan dua atau lebih nama dalam pusingan untuk mendapatkan giliran duit kutu tersebut....

Khamis, 24 Mei 2012

Musim Demam...

Apa khabar semua?

Cikgu Misae tak berapa sihat dalam dua, tiga hari ini...terkena jangkitan demam dan selesema...
Dengan hidung nya tersumbat...hadoiii....

Sekarang ni musim demam rasa nya, beberapa murid Cikgu Misae dan orang di sekeliling Cikgu Misae juga terkena virus2 demam...

Mungkin semua ini berpunca dari perubahan cuaca di Kuala Lumpur ni...sekejap hujan, sekejap panas...Jadi banyak2 lah minum air masak untuk jaga kesihatan anda...dan pada yang tidak sihat, makan lah ubat supaya cepat2 sembuh dan supaya tiada kerja yang tertangguh...^_6.

Waktu2 demam ni juga, mula lah nak bermanja2 dengan emak...Yang dah besar panjang pun tak terkecuali...hehehe. Merengek nak perhatian...Nasib baik dapat emak yang sangat memahami..
Dan yang dah berkahwin pun mungkin akan merindui layanan emak2 mereka sewaktu mereka demam...




Ahad, 13 Mei 2012

KURSUS KAHWIN 12/13 MEI 2012

APAKAH IMPIAN ANDA DALAM MEMBENTUK KELUARGA?

INGIN MEDAPAT KELUARGA YANG BAHAGIA, SALING BERTOLAK ANSUR, SALING HORMAT MENGHORMATI DAN BERKEKALAN SELAMANYA...


Soalan ini mereka tanya semasa Cikgu Misae pergi kursus kahwin di Masjid Negara.. Harap2 impian ini termakbul...Amin...

Maklumat dan ilmu yang sangat berguna dipelajari oleh Cikgu Misae kat sana..Dengan barisan ustaz-ustazah yang mempunyai banyak pengalaman dalam alam perkahwinan, most of them menjadi kaunselor bagi mereka yang mengalami masalah dalam keluarga atau suami isteri...

Hampir setiap minggu diadakan kursus pra perkahwinan, setiap hari Sabtu dan Ahad...Memang tak rugi dan berbaloi dengan bayaran RM80.00 sahaja..(promote la pulak...hehehe)

Walaupun pergi untuk menemani adik dan pasangan nya..tetapi, Cikgu Misae tak mahu mensia-sia kan peluang yang hanya dilalui 1 kali seumur hidup...kecuali, sijil pra perkahwinan ini rosak, kita kena mengulangi kursus ini...

Apa yang Cikgu Misae boleh katakan tentang kursus ini, ia banyak memberi kita panduan dalam perhubungan kekeluargaan..bukan sahaja dengan pihak suami, tetapi juga dengan pihak keluarga perempuan, keluarga lelaki dan adik-beradik...

Bila pula masa Cikgu Misae menamat kan zaman bujang??
Itu belum tahu lagi...hehehe. Doa2 kan lah Cikgu Misae mendapat jodoh cepat2 dan berkekalan hingga ke syurga...^_6



Rabu, 9 Mei 2012

PAHIT AKAN MANIS

JANGAN JADIKAN KEPAHITAN DALAM HIDUP MENJADI SATU BEBANAN,
SEBALIKNYA JADIKAN IA SATU DORONGAN UNTUK KITA MERASAI KEMANISAN
- CIKGU MISAE

Semasa menulis biodata di buku student, aku terpikir ayat ini...Bukan hanya untuk student aku renung kan, tetapi ia juga boleh menjadi nasihat kepada diri aku sendiri....
Selama 26 tahun hidup, memang pelbagai cabaran yang telah aku tempuhi...baik yang manis, mahupun yang pahit..

Asam garam kehidupan tetap perlu kita tempuh walau rasa tak berdaya untuk maju ke hadapan...Tiada alasan yang boleh kita bagi untuk melepaskan diri...Setiap manusia membesar...Mahu atau tidak, ia sudah tertulis....

Walaubagaimanapun, kita boleh meluangkan sedikit masa untuk bersedih..tetapi langkah harus diteruskan jua agar tdak ketinggalan di belakang...Masa semakin cepat bergerak...Kesilapan semalam jadikan iktibar, jangan biar kan ia berulang...Jadikan ia penguat semangat dan pengajaran kepada diri kita....

 Mulakan langkah baru dengan azam dan nilai positif dalam diri...Jika melangkah kehadapan, jangan lupa untuk pandang ke belakang sebagai peringatan...



Isnin, 7 Mei 2012

Contoh Cara2 Untuk Memperkenalkan Pasangan Kepada Ibu Bapa

Salam  hari Isnin semua...


Hari ini Cikgu Misae nk bebel pasal hubungan cinta yang memerlukan restu kedua ibu bapa...Yang kita amat faham yang ia nya sangat penting dalam mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T...

Perkenalan kita dengn pasangan mungkin terjadi tanpa kita duga...melalui keluarga, kawan2, atau media2 yang sedia ada...seperti internet, handphone...


Bila kita memulakan suatu perhubungan, pada awal nya mungkin kita tidak mahu memberi tahu ibu bapa kerana bimbang ia hanya perhubungan bersifat sementara, atau mahu mengenal hati budi pasangan kita...Ia mungkin memakan masa beberapa bulan atau bertahun...lagi singkat masa nya lebih bagus...


Kemudian, kita perlu kenalkan pasangan kita kepada ibu bapa, jika kita yakin dia lah pasangan yang tepat untuk kita dan dia lah jodoh yang di tentukan oleh Allah S.W.T....
Masalah akan timbul jika ibu bapa tidak menerima/ berkenan dengan pilihan kita, apa yang kita boleh buat ialah:-

  • Menceritakan kebaikan pasangan kita tetapi jangan sampai menipu
 Bila ada masa, pujilah pasangan anda di depan ibu bapa anda..tetapi jangan terlampau kerap hingga membuat orang rimas mendengar puji-pujian anda itu...hehehe
 
  • Menyuruh pasangan kita berjumpa dan meminta izin daripada ibu bapa kita untuk berkawan dengan anak mereka...
Sesetengah ibu bapa ingin mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan, walau pun ia agak kolot, tetapi ia merupakan  salah satu cara yang sangat penting untuk menunjuk kan betapa serius nya perhubungan anda dengan pasangan..


  • Meminta izin setiap kali ingin keluar bersama
Ia boleh menunjukkan rasa hormat pasangan anda kepada ibu bapa anda...Sejuk hati mereka jika pasangan anda berbudi bahasa seperti ini...:)

  • Digalakkan membawa buah tangan seperti buah-buahan
Bukan rasuah ye...tapi untuk mengambil hati ibu bapa anda...baru lah mereka boleh puji "tak kedekut menantu kita ni..."

  • Bergaul dengan family pasangan anda...adik baradik nya..
Siapa kata hanya ibu bapa sahaja yang perlu di ambil  hati nya....Biasa nya ibu bapa ni akan bersembang dengan anak2 mereka tentang pasangan anda..adik beradik anda akan memberi pendapat mereka yang boleh memberi pengaruh kepada ibu bapa anda...Jadi, pesan lah kepada pasangan anda jangan sombong/ melayan adik berdik anda dengan buruk...





Selasa, 1 Mei 2012

PESTA BUKU 2012

Wah...seronok nya dapat pergi pesta buku hari ini... Hari ni ramai sangat orang datang, lebih2 lagi sebab hari ni cuti Hari Buruh... Ramai lah orang datang..ada yang membeli buku...ada yang sekadar mencuci mata, ada yang membawa family berjalan2..ada jugak yang memborong buku...terutamanya novel2 yang boleh didapati dengan harga murah....

Salah seorang yang memborong novel ialah adik ku ayang...Sampai 9 buah buku di beli nya... hehehe. Cikgu Misae tak beli apa2 pun...tapi pergi kat tempat kartunis Gila-Gila untuk mendapat kan khidmat melukis karikatur...Kartunis Joy nama nya..1 kepala Rm10...laminate Rm5... Sangat2 berpuas hati dengan hasil nya...hehehe. Ayu saja Cikgu Misae duk atas batu berbunga2...

Sebelum ni, ada juga Cikgu Misae pergi Pesta Buku dengan pelajar2 sekolah Cikgu Misae, tapi tak puas pula berjalan kat sana...Hari ini setiap tingkat Cikgu Misae pergi...hehehe. Cuci mata pun jadi lah...Duit nya agak kekeringan..hehehe