Assalamualaikum semua....
Hari ini cikgu Hamisah merasa agak bersalah kerana, cepat sangat berperasangka buruk terhadap orang lain....Kenapa???
Sebab set pinggan mangkuk yang aku order kat makcik tu telah selamat sampai kat tangan aku hari ini... Walaupun agak terkilan sebab tak dapat set tu sebelum semalam dan aku telah membeli 1 lagi set pinggan mangkuk baru semalam menggantikan set pinggan mangkuk yang aku order itu... Tiba-tiba mereka hubungi aku, beritahu set pinggan mangkuk tu dh ada ari ni, nak cancelkan pun tak boleh, jadi ambil saja lah...
Sebelum2 ini, bila tanya pasal set pinggan mangkuk yang aku order tu mereka berdiam diri...Telefon tak jawab, mesej tak dibalas..Bila aku beli yang baru, cakap pinggan mangkuk dah sampai...Adoyai... Lari bajet bulan ini..
Dan yang beruntung dalam kes ini ialah emak kesayangan aku...hehehe. Dapat 2 set pinggan mangkuk sekali gus... Tapi tak apalah, asalkan emak aku gembira... Apa yang boleh buat emak aku gembira, aku tak akan berkira dan anggap ianya berbaloi...kan...kan...kan...
Apa2 hal pun, ini merupakan pengajaran untuk aku... Nak beli barang kena hati2...Yang penting sekali, jangan beli barang dekat makcik itu lagi...Selamat Tinggal Mak Cik....Baju yang saya order sekali dengan set pinggan mangkuk itu, jangan lupa pula ya...Lepas ni, saya tak mahu beli apa2 kat makcik lagi...Terima Kasih....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan