Jumaat, 20 April 2012

Impian Untuk Blog Aku

Assalamualaikum...Selamat petang..

Hari Jumaat yang memberi seribu rahmat kepada manusia.... Dari pagi hingga ke petang, cuaca mendung dan di selangi rintik2 hujan.. :). Sejuk.... Lagi2 di kawasan rumah aku yang terletak di kaki bukit...

Malam semalam aku tidur agak lewat, mencari idea untuk mencantik kan lagi blog kesayangan aki ini.. Susah juga, untuk orang2 yang baru menceburi bidang bloggers macam aku ni... Tengok blog kawan2, hebat2 belaka...comel dan memiliki daya penarik tersendiri.. bila lah agak nya blog aku akan menjadi antara blog yang tercantik??? Hehehehe....berangan2.... :p

Mana nak cari sifu untuk belajar ni...?? Tadi dah tanya murid aku pasal nak letak lagu dalam blog.. Tapi payah sikit sebab kena guna komputer ofis... Aku tengok ada juga kawan2 yang letak animation2 yang cute2 dalam blog mereka...teringin juga buat macam tu...

Sebagai orang yang baru belajar, aku akan cuba untuk mencantikkan blog aku dari semasa ke semasa.. tak adalah orang jemu membaca..(konon nye la de orang baca...hehehe).  Yoooosshhhh..........!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan