Selamat pagi Malaysia...Hari begitu indah, matahari bersinar di langit...Tak macam hari2 lain...mendung saja...
Mulakan Ahad anda dengan ceria...
Hari ini, Along akan bawa kami 1 family makan di Tutti Frutty...Betul ke ejaan macam ni? Hehehehe.. Walaupun biasa makan di restaurant2 fastfood yang lain, ini baru first time aku nak makan benda alah itu... Dengar cerita, sedap...hhmm..
Semenjak bekerja ini, tak banyak masa yang diluangkan bersama keluarga.. Along selalu sampai rumah malam, Ayang tinggal di Asrama pekerja... Tinggal, Ajim dengan emak di rumah..Aku pula kerja di petang hari.. Kadang balik awal, kadang balik malam... Sabtu, Ahad pun kadang2 kena kerja...
Kalau tak kerja, mana nak dapat duit... Harga barang di pasaran semakin meningkat... 3 orang kerja pun tidak cukup lagi untuk menampung perbelanjaan family... Apa2 pun rezeki mesti ada untuk hamba2 Allah S.W.T... Berdoa dan usahalah untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat...
Kuasa duit sekarang makin meningkat dalam kehidupan harian kita... Kemewahan harta benda menjadi sesuatu untuk dibanggakan kepada orang lain... Dengan duit, semua boleh dibeli, mahu pun kasih sayang...Itu yang wujud anak ikan dan anak ayam...'kasih sayang' yang boleh dibeli, tetapi tidak ikhlas di hati, semua ada agenda tersendiri... Berebut-rebut orang ingin mengumpul harta dunia tanpa mempedulikan akhirat..
- Ada sesetengah orang sampai sanggup seleweng duit syarikat dan menerima rasuah...
- Ada orang sanggup menjual tubuh badan, dan sesetengah pelajar2 IPTA/IPTS termasuk dalam kategori ini...
- Menggunakan duit anak2 yatim untuk kepentingan sendiri..
- Meminta sedekah @ berlakon cacat untuk mendapat simpati orang....
- Menjual barangan tiruan walaupun mereka tahu ia boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada pembeli...
- Bersedekah, tetapi mempromosikannya di surat khabar atau media massa yang lain..
- Paling teruk, ada yang sanggup membunuh untuk duit..tak kira ayah dan ibu sendiri, ahli keluarga, dan lain-lain.
Semoga kita semua di lindungi daripada melakukan semua itu...amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan