Rabu, 11 April 2012

Sekolah Hai Sekolah

Hari ni Cikgu Misah kena jadi cikgu penasihat untuk rumah sukan pelajar banat..KHADIJAH nama group sukan tu... De pertandingan nasyid, syarahan bahasa melayu dan english...Ada tilawah dan hafazan..  Nama rumah sukan, tapi langsung tak ada sukan yang terlibat...lawak pula rasanya... Mungkin aku akan cadangkan pertandingan fesyen antara pelajar perempuan...hehehe

28hb April ni, sekolah akan adakan Amal Islami...Aku pun tak berapa faham pasal aktiviti2 sekolah agama ni... Dulu aku sekolah kebangsaan je... Sangat berbeza dari semua segi.. terutamanya dalam bab akademik.. Di sekolah agama tempat aku mengajar ni, akademik sangat2 rendah tahapnya. Diorang cuma pentingkan hafazan dan semua hal yang melibatkan agama sahaja..setiap hari hanya 2 jam je waktu tuk akademik..

Tak tau lah pendapat orang lain macam mana, tapi bagi aku, akademik ni sangat penting bagi setiap orang.. Orang tanpa pengetahuan am, mmg mudah di tipu...tak tau apa akan jadi masa depan (kabur).. Kerja pun susah nak dapat... dan setahu aku, orang yang sekolah pondok ni, banyak menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan. Jarang yang dapat kerja2 di ofis dan kerajaan..

Esok aku mungkin masuk 2 kelas akademik, tapi tak tau subjek apa...banyak cikgu2 perempuan dah letak jawatan. Tinggal 4 sahaja guru akademik perempuan buat masa ini, tak termasuk seorang cikgu yang sedang cuti bersalin... Sistem kat sekolah ni agak berterabur, kadang2 rasa nak quit, tapi kesian pula kat student2 yang sangat memerlukan pembimbing terutama dalam bidang akademik... Dah macam jadi kebiasaan cikgu2 kat sekolah tu bersilih ganti setiap tahun...

Aku harap rezeki aku lama lagi kat sana...Bukan untuk kebaikan aku, tapi untuk pelajar2 yang sangat memerlukan pendidikan. Selagi aku diperlukan kat sekolah ni, aku akan cuba buat yang terbaik...yoshhhhhhh!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan