Khamis, 13 Disember 2012

Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq

Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq


Ramlah Ram: Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Sleeq:
Sayang
Bukan tiada cinta lagi
Ku tak ingin sakit hati
 Ku tak dapat lepaskan
Segala yang ku hargai

Oooooo

Maafkanku sayang
Tetapi ku harus pergi
Oyeah...

Ramlah Ram:
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Haaaaaaa......


Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya

Sleeq:
Tentu sayang

Ramlah Ram:
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena ku manusia biasa

Sleeq:
Untuk mendakapmu di sisiku
Siapa yang cuba pisahkan 
Kita kan disiku
Begitu besar sayangku kepadamu
Yeahhh
Tetapi ku tidak pasti
Bahwa ku bisa melalui derita ini


Ramlah Ram:
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Haaaaaa...

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena ku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku harap ada karma
Yang datang kepadamu
 Kepadamu

Rabu, 12 Disember 2012

Hanya Padamu - Qiara

 Hanya Padamu - Qiara

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

(Korus)
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai

Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku

Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

Pemain Cinta - Ada Band

Pemain Cinta - Ada Band

Tak habis pikir ku jadinya
Kau bisa membuatku cinta padamu
Meskipun tlah berulang kali
Kau begitu asyik mendua
Sudah cukup saja, sikapi kegilaanmu
Sebelum sukmaku, kau cabik dan perih

Wahai dirimu pemain cinta
Penikmat nafsu dunia
Walau dirimu begitu indah
Maaf kau tak pantas bagiku
Direlung kalbu yang terdalam
Getaran asmara masih tersisa
Memang dalam bermain cinta
Kadang kau terlihat sempurna
Eloknya parasmu rabunkan mata batinku
Ku harus berpaling meski kau memohon

Apa yang kau dambakan
Dalam duniamu yang sungguh palsu
Terpikirkah olehmu
Untuk dapatkan cinta yang sejati

Aku Yang Tersakiti - Judika

Aku Yang Tersakiti - Judika

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


Jumaat, 9 November 2012

Pulang ke Langkawi

Assalamuaikum...^_^

Setelah 16 tahun, keluargaku pulang ke Langkawi...


Langkawi penuh dengan kenangan indah zaman kanak2... Aku menetap kat sana dari usia 6 tahun hingga 10 tahun..

Sekarang usia aku dah menjangkau 26 tahun...baru berkesempatan ke Langkawi semula..
Layanan mesra dari kenalan2 di Langkawi masih seperti dulu... Ibarat saudara kandung... Terasa seperti pulang ke kampung sendiri...

Semasa di Langkawi, aku dapat merasakan perubahan2 yang berlaku di Langkawi... Semakin maju, semakin banyak simpang2 jalan yang tak pernah aku lalui..


Semakin banyak tempat yang boleh di kunjungi...



Mengimbau kenangan lama...




Percaya atau tidak, aku pernah melukis ikan emas ini semasa menyertai pertandingan melukis waktu aku darjah 3 atau darjah 4.. tapi tak menang pun...hehehe.

Aku mungkin akan kembali ke Langkawi semula, tetapi tak tau bila... Yang pasti tempoh masanya tak akan mencecah 16 tahun lagi...


Khamis, 1 November 2012

CINTA

Salam sayang.....



CINTA.
Apa itu cinta?
Terdapat banyak definisi CINTA... Banyak jenis CINTA.... Hanya yang setia memahaminya...
Perasaan CINTA tidak boleh dipaksa untuk hadir, tidak boleh dibeli.... ia hadir tanpa kita duga, kadang-kadang seseorang itu tidak tahu CINTA telah wujud dalam hatinya..



CINTA
CINTA tidak membenarkan pemiliknya memilih orang untuk dicintai... Ia datang dengan pelbagai cara, tetapi hanya dapat dirasa melalui hati.. Mungkin orang yang rapat atau yang berjauhan dengan kita.. Mungkin orang yang sudah lama kita kenal atau yang baru seminit kita berjumpa...



CINTA
Ia sukar ditafsirkan.. Ia boleh membuat kita menangis dan ketawa... Ada yang sanggup mati untuk cinta... Dalam kegembiraan, ada rasa duka.. Dalam rasa benci, ada rasa sayang... Rasa CINTA penuh dengan misteri tersendiri... Penuh dengan pengorbanan yang berpanjangan...

CINTA
Peliharalah CINTA dengan sepenuh hati... Semoga kita temui kebahagiaan yang kekal abadi...

Sabtu, 6 Oktober 2012

Aku dan Cikgu

Assalamua'laikum...

Pada hari pertama di interview menjadi cikgu, hati rasa amat berdebar... Lebih2 lg dengan diri yang tiada pengalaman mengajar.. Tapi Alhamdulillah, memang rezeki aku kat sana...

Walaupun memang diri bercita-cita nak jadi cikgu sejak kecil, tapi peluang tak muncul2...Apply Maktab, tak dapat...Apply UPSI pun tak dapat gak... Akhirnya, masuk belajar bidang Teknologi Alam Sekitar... Cita2 nak jadi cikgu, aku lupakan...

Selepas habis belajar, pernah jugak aku apply KPLI, dapat menghadiri test...tapi tak lulus kot..hehehe. Apply jadi cikgu dalam Program PERMATA..tapi sebab tak cukup gedik, kena reject gak..

Satu hari, adik sepupu bagi tau kat sekolah tempat dia bekerja perlukan Guru Akademik... Aku mencuba nasib lagi... Permohonan kerja di terima.. Sekolah swasta, Ma'ahad Tahfiz untuk pengajian anak2 yatim dan fakir miskin..



Sekarang, hampir 11 bulan bekerja kat sana...memang banyak cabaran yang menduga.. Macam2 masalah di hadapi sekolah.. Mungkin sebab memang cita2 aku nak jadi cikgu, aku kekal bekerja kat sana.. Hati juga rasa berat nak tinggal kan murid2 kesayangan aku... Nak tengok mereka jadi insan yang berjaya satu hari nanti...

Kadang2 sedih juga, bila mereka berhenti dan memulakan persekolahan di tempat lain... Tapi untuk kebaikan mereka..bertukar di sekolah yang lebih baik, kemudahan yang lebih lengkap.. Aku relakan, dan aku berharap mereka gembira di sekolah baru mereka... Jangan lupakan kami ye....

Semua murid2 aku sayang sama rata...tiada beza.. tiada pilih kasih.. Ilmu yang aku ajar dan kongsikan mungkin akan berguna untuk mereka bila mereka masuk universiti atau untuk digunakan apabila mereka bekerja nanti.. Gunakan lah ilmu itu sebaik-baiknya...


Selamat berjaya walau di mana kamu semua berada... Semoga ikatan kekal selama nya...

Isnin, 17 September 2012

Buat Insan Teristimewa...

Seronok tengok kawan2 semua dah berjaya...kerja pun elok2...gaji pun tinggi2...dah mampu membeli kereta dan harta sendiri...sangat2 bangga dengan diorang...Dulu x de siapa pun rasa diorang ni akan berjaya sampai ke tahap sekarang...Alhamdulillah...

Aku tumpang gembira dengan kejayaan diorang...shirin, ejae, ayin, masing2 dah ada kereta... Mina yang bakal dapat baby kembar... Nadia dengan produk2 seni dia...Cute!!

Pernah dulu, aku ada kawan yang bekerja sebagai nurse, dia dah berjaya dalam hidup dia...tapi berlagak sangat...boleh pulak dia ajak jumpa, pastu nak aku cuci kereta dia...sorry lah ye, aku lebih rela x de kawan macam ni.....kalau kata dia nak melawak pun, tengok pada  tempat lah ye....

Tetiba rasa macam dah tua la pulak...hehehe. Lum dapat capai pape kejayaan lagi...Macam mane tu...Hmm... Tapi semua tu bergantung pada rezki masing2.. Aku percaya satu hari nanti aku pun boleh jadi lebih baik....

Untuk kawan2 aku tadi, aku doa kan yang terbaik untuk mereka... Semoga hidup mereka akan menjadi lebih baik dari hari ini... Rindu sangat2 kat diorang ni...

Ahad, 2 September 2012

Sakit nya hati pergi ke rumah terbuka!!

Hari ni Cikgu Misae pergi ke rumah terbuka di rumah mak sedara...Sedap2 juadah yang dihidangkan...lebih2 lagi Mee kari..nyum2....

Dari rumah, bergaya, dgn memakai baju kurung warna merah hati, tudung krim...Majlis bermula pukul 3, tapi akibat kesesakan lalu lintas, pukul 4 lebih baru Cikgu Misae sampai ke rumah mak sedara...

Wah...ramai juga tetamu yang hadir. Masing2sedang menjamu selera...

Apalagi, Cikgu Misae pun mula langkah pertama dengan menyedok mee kari... Tengah2 sedap makan, seorang budak lelaki, sebaya 5@6 tahun, tolak2 belakang badan Cikgu Misae...masa tu rilek lagi...hormat, mak budak tu yang duduk di belakang Cikgu Misae..

Mangkuk yang Cikgu Misae pegang pun dah berapa kali budak tu langgar dgn tangan...boleh lagi Cikgu Misae senyum...habis kuat Cikgu Misae pegang mangkuk....

Tiba2...tengah sedap menyuap mee kari dalam mulut, BUURRRR....mee kari tumpah kat baju dengan tudung Cikgu Misae..budak lelaki tu tolak mangkuk mee kari aku...menyirap darah... Panggil adik aku, "hantar akak balik sekarang!!"

Yang lagi menambah sakit hati, mak budak tu boleh buat tak tau...nk je Cikgu Misae cakap...KO TAU TAK ANAK KO TU MACAM MONYET? TAK RETI DUDUK DIAM???? BODOH BETUL...

Pelik betul dengan mak bapak sekarang, pandai2 la jaga anak bila di rumah orang...takkan nak biar anak tu main sampai pecah semua pinggan mangkuk orang...Alasan nya "budak2 memang macam tu..."  "biar la...budak lagi..." Tak tau ke? Lentur buluh, biar dari rebung nya....

Dari kecil tak di ajar menghormati orang, bila besar, pe nak jadi??? Tu yang banyak mak bapak duduk kat rumah kebajikan, dan di pukul @ dibunuh anak sendiri... Jangan manja kan sangat anak2... Buruk nya akan nampak di kemudian hari...

Peringatan ni bukan Cikgu Misae nak ingat kan hanya pada orang lain, tetapi juga pada Cikgu Misae sendiri...Semoga suatu hari nanti, kita akan menjadi ibu bapa yang tahu mendidik anak...AMIN.

Jumaat, 13 Julai 2012

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih

Sudah agak lama Cikgu Misae tak tulis dalam blog Misae World....Hari ni, de plak mood nk menulis..

Suasana di tempat kerja dh berlainan dari dulu...Cikgu Misae bertugas menjadi kerani separuh masa semula...Tanggungjawab lebih berat, dimana Cikgu Misae perlu membantu sekolah untuk mencari dana...



Masalah kewangan sekolah sangat teruk sekarang...Kakitangan sekolah masih tidak mendapat gaji untuk bulan Jun 2012 ni...Kalau yang dapat gaji pun hanya separuh saja yang di beri...Sekolah yang terdiri dari 4 blok rumah kedai, kini tinggal 3 blok sahaja....sedih nya...


Masalah ni dh lama di alami oleh sekolah...menjadi lebih parah apabila pengurus bahagian dana sekolah tidak membuat sebarang usaha untuk kemasukan duit kepada sekolah..Usaha sekadar melepaskan batuk di tangga...cukup bulan minta gaji...adoiyai....

Setiap pekerjaan yang kita buat, perlu lah berbaloi dengan gaji yang kita perolehi..hati perlulah ikhlas..Bos pun rasa puas hati dengan kerja2 yang kita lakukan..duit yang kita dapat hasil daripada kerja yang kita buat pun menjadi berkat... Untuk menanggung family, dan untuk menjadi darah daging kita..

Biar pun kita tidak mempunyai pangkat yang tinggi, bersunguh-sungguh lah kita membuat tugasan yang di amanah kan...Seperti Mak Cik Jamaliah, cleaner kat sekolah aku...
Datang awal2 pagi, lewat petang baru balik rumah...umur lebih 70 tahun.. Masih kuat untuk mencari rezeki sendiri. Tak mcm setengah2 org yang tau minta gaji di hujung bulan, tapi dok goyang kaki kat ofis...

Sekarang ni siapa yang rugi bila gaji dah di potong separuh? Itu pun atas belas ehsan Encik bos...Ceh!!

Cikgu Misae pula di tugaskan untuk membuat surat dana untuk di hantar kepada Kompeni2 yang ada di dalam Malaysia... Seronok juga buat kerja ni, lebih2 lagi dengan sokongan kawan2... Harap2 usaha Cikgu Misae akan mendatang kan hasil...AMIN...





Selasa, 29 Mei 2012

Kutu Owh Kutu

Ramai sangat orang main duit kutu sekarang...sebab tu cara paling efektif untuk menyimpan atau mengumpul duit...Lebih2 lagi untuk orang yang boros dan tak pandai menyimpan wang... Macam air saja duit mengalir..Hari ini dapat gaji, esok / lusa dah habis....hehehe

TETAPI.......

Untuk mengelakkan penipuan berlaku semasa bermain kutu ada perkara2 yang perlu diberi perhatian:

  • Siapa yang dilantik untuk menjadi bendahari
Tugas yang sangat mencabar..apa yang mencabar nya??
- Hari2 mengadap duit yang banyak boleh menggelapkan mata...Lumrah manusia, sifat tamak boleh menguasai seseorang...
 - Menggunakan duit yang terkumpul untuk kegunaan diri sendiri/ mendahulukan duit kutu rakan2 untuk urusan peribadi...
Jadi....Pilihlah kawan2 yang amanah..

  • Siapa ahli2 yang bermain
Ahli2 ini mesti lah terdiri dari kenalan2 rapat dan kita sudah tahu latar belakang nya... Alamat rumah, No. Telefon, dan orang yang kita boleh hubungi jika berlaku apa2 kejadian.. Jika kita bemain kutu dengan orang yang tidak kita kenali, risiko yang tinggi untuk berlaku penipuan...

Penipuan yang bagaimana???
- Cuma membayar sehingga bulan giliran nya sahaja, kemudian mendiam kan diri..dan sukar di hubungi..
- Hangat2 tahi ayam...awal2 duit kutu dibayar bila tiba waktu nya...kemudian, mula bertangguh2 dan banyak memberi alasan untuk membayar duit kutu...

  • Kemampuan Ahli untuk membayar duit kutu
Amaun yang perlu dibayar oleh setiap ahli hendak lah selaras dan mampu dibayar oleh ahli2 tersebut dan ahli mempunyai pendapatan tetap..Jika tangga gaji rendah, cukuplah dengan Rm50-100 sebulan...Jika yang berkemampuan, boleh memasukkan dua atau lebih nama dalam pusingan untuk mendapatkan giliran duit kutu tersebut....

Khamis, 24 Mei 2012

Musim Demam...

Apa khabar semua?

Cikgu Misae tak berapa sihat dalam dua, tiga hari ini...terkena jangkitan demam dan selesema...
Dengan hidung nya tersumbat...hadoiii....

Sekarang ni musim demam rasa nya, beberapa murid Cikgu Misae dan orang di sekeliling Cikgu Misae juga terkena virus2 demam...

Mungkin semua ini berpunca dari perubahan cuaca di Kuala Lumpur ni...sekejap hujan, sekejap panas...Jadi banyak2 lah minum air masak untuk jaga kesihatan anda...dan pada yang tidak sihat, makan lah ubat supaya cepat2 sembuh dan supaya tiada kerja yang tertangguh...^_6.

Waktu2 demam ni juga, mula lah nak bermanja2 dengan emak...Yang dah besar panjang pun tak terkecuali...hehehe. Merengek nak perhatian...Nasib baik dapat emak yang sangat memahami..
Dan yang dah berkahwin pun mungkin akan merindui layanan emak2 mereka sewaktu mereka demam...




Ahad, 13 Mei 2012

KURSUS KAHWIN 12/13 MEI 2012

APAKAH IMPIAN ANDA DALAM MEMBENTUK KELUARGA?

INGIN MEDAPAT KELUARGA YANG BAHAGIA, SALING BERTOLAK ANSUR, SALING HORMAT MENGHORMATI DAN BERKEKALAN SELAMANYA...


Soalan ini mereka tanya semasa Cikgu Misae pergi kursus kahwin di Masjid Negara.. Harap2 impian ini termakbul...Amin...

Maklumat dan ilmu yang sangat berguna dipelajari oleh Cikgu Misae kat sana..Dengan barisan ustaz-ustazah yang mempunyai banyak pengalaman dalam alam perkahwinan, most of them menjadi kaunselor bagi mereka yang mengalami masalah dalam keluarga atau suami isteri...

Hampir setiap minggu diadakan kursus pra perkahwinan, setiap hari Sabtu dan Ahad...Memang tak rugi dan berbaloi dengan bayaran RM80.00 sahaja..(promote la pulak...hehehe)

Walaupun pergi untuk menemani adik dan pasangan nya..tetapi, Cikgu Misae tak mahu mensia-sia kan peluang yang hanya dilalui 1 kali seumur hidup...kecuali, sijil pra perkahwinan ini rosak, kita kena mengulangi kursus ini...

Apa yang Cikgu Misae boleh katakan tentang kursus ini, ia banyak memberi kita panduan dalam perhubungan kekeluargaan..bukan sahaja dengan pihak suami, tetapi juga dengan pihak keluarga perempuan, keluarga lelaki dan adik-beradik...

Bila pula masa Cikgu Misae menamat kan zaman bujang??
Itu belum tahu lagi...hehehe. Doa2 kan lah Cikgu Misae mendapat jodoh cepat2 dan berkekalan hingga ke syurga...^_6



Rabu, 9 Mei 2012

PAHIT AKAN MANIS

JANGAN JADIKAN KEPAHITAN DALAM HIDUP MENJADI SATU BEBANAN,
SEBALIKNYA JADIKAN IA SATU DORONGAN UNTUK KITA MERASAI KEMANISAN
- CIKGU MISAE

Semasa menulis biodata di buku student, aku terpikir ayat ini...Bukan hanya untuk student aku renung kan, tetapi ia juga boleh menjadi nasihat kepada diri aku sendiri....
Selama 26 tahun hidup, memang pelbagai cabaran yang telah aku tempuhi...baik yang manis, mahupun yang pahit..

Asam garam kehidupan tetap perlu kita tempuh walau rasa tak berdaya untuk maju ke hadapan...Tiada alasan yang boleh kita bagi untuk melepaskan diri...Setiap manusia membesar...Mahu atau tidak, ia sudah tertulis....

Walaubagaimanapun, kita boleh meluangkan sedikit masa untuk bersedih..tetapi langkah harus diteruskan jua agar tdak ketinggalan di belakang...Masa semakin cepat bergerak...Kesilapan semalam jadikan iktibar, jangan biar kan ia berulang...Jadikan ia penguat semangat dan pengajaran kepada diri kita....

 Mulakan langkah baru dengan azam dan nilai positif dalam diri...Jika melangkah kehadapan, jangan lupa untuk pandang ke belakang sebagai peringatan...



Isnin, 7 Mei 2012

Contoh Cara2 Untuk Memperkenalkan Pasangan Kepada Ibu Bapa

Salam  hari Isnin semua...


Hari ini Cikgu Misae nk bebel pasal hubungan cinta yang memerlukan restu kedua ibu bapa...Yang kita amat faham yang ia nya sangat penting dalam mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T...

Perkenalan kita dengn pasangan mungkin terjadi tanpa kita duga...melalui keluarga, kawan2, atau media2 yang sedia ada...seperti internet, handphone...


Bila kita memulakan suatu perhubungan, pada awal nya mungkin kita tidak mahu memberi tahu ibu bapa kerana bimbang ia hanya perhubungan bersifat sementara, atau mahu mengenal hati budi pasangan kita...Ia mungkin memakan masa beberapa bulan atau bertahun...lagi singkat masa nya lebih bagus...


Kemudian, kita perlu kenalkan pasangan kita kepada ibu bapa, jika kita yakin dia lah pasangan yang tepat untuk kita dan dia lah jodoh yang di tentukan oleh Allah S.W.T....
Masalah akan timbul jika ibu bapa tidak menerima/ berkenan dengan pilihan kita, apa yang kita boleh buat ialah:-

  • Menceritakan kebaikan pasangan kita tetapi jangan sampai menipu
 Bila ada masa, pujilah pasangan anda di depan ibu bapa anda..tetapi jangan terlampau kerap hingga membuat orang rimas mendengar puji-pujian anda itu...hehehe
 
  • Menyuruh pasangan kita berjumpa dan meminta izin daripada ibu bapa kita untuk berkawan dengan anak mereka...
Sesetengah ibu bapa ingin mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan, walau pun ia agak kolot, tetapi ia merupakan  salah satu cara yang sangat penting untuk menunjuk kan betapa serius nya perhubungan anda dengan pasangan..


  • Meminta izin setiap kali ingin keluar bersama
Ia boleh menunjukkan rasa hormat pasangan anda kepada ibu bapa anda...Sejuk hati mereka jika pasangan anda berbudi bahasa seperti ini...:)

  • Digalakkan membawa buah tangan seperti buah-buahan
Bukan rasuah ye...tapi untuk mengambil hati ibu bapa anda...baru lah mereka boleh puji "tak kedekut menantu kita ni..."

  • Bergaul dengan family pasangan anda...adik baradik nya..
Siapa kata hanya ibu bapa sahaja yang perlu di ambil  hati nya....Biasa nya ibu bapa ni akan bersembang dengan anak2 mereka tentang pasangan anda..adik beradik anda akan memberi pendapat mereka yang boleh memberi pengaruh kepada ibu bapa anda...Jadi, pesan lah kepada pasangan anda jangan sombong/ melayan adik berdik anda dengan buruk...





Selasa, 1 Mei 2012

PESTA BUKU 2012

Wah...seronok nya dapat pergi pesta buku hari ini... Hari ni ramai sangat orang datang, lebih2 lagi sebab hari ni cuti Hari Buruh... Ramai lah orang datang..ada yang membeli buku...ada yang sekadar mencuci mata, ada yang membawa family berjalan2..ada jugak yang memborong buku...terutamanya novel2 yang boleh didapati dengan harga murah....

Salah seorang yang memborong novel ialah adik ku ayang...Sampai 9 buah buku di beli nya... hehehe. Cikgu Misae tak beli apa2 pun...tapi pergi kat tempat kartunis Gila-Gila untuk mendapat kan khidmat melukis karikatur...Kartunis Joy nama nya..1 kepala Rm10...laminate Rm5... Sangat2 berpuas hati dengan hasil nya...hehehe. Ayu saja Cikgu Misae duk atas batu berbunga2...

Sebelum ni, ada juga Cikgu Misae pergi Pesta Buku dengan pelajar2 sekolah Cikgu Misae, tapi tak puas pula berjalan kat sana...Hari ini setiap tingkat Cikgu Misae pergi...hehehe. Cuci mata pun jadi lah...Duit nya agak kekeringan..hehehe



Khamis, 26 April 2012

Hadiah Amal Islami Sekolah

Salam hari khamis....Bagaimana dengan hari anda hari ini?

Aku telah diberi tugas untuk menyediakan hadiah2 kepada peserta2 amal islami sekolah yang akan diadakan pada Sabtu malam ini.... Sangat2 excited bila dapat tugasan tu...biasa lah shopping dengan orang perempuan memang tak dapat dipisahkan...hehehe.

Hari ini, aku dan partner aku dan di temani oleh adik aku, ayang..pergi shopping barang2 untuk dijadikan hadiah... Untuk juri, kami beli kan buku nota dan pen sebagai cenderamata, untuk VIP, kami belikan plain mug...Yang special nya, mug tu kami minta one of our student, buat tulisan jawi "Amal Islami 2012"...
Selain tu, 4 hamper untuk peserta nasyid dan Johan keseluruhan....

Waktu shopping tu memang tak ingat dunia, bila balik semula ke sekolah..... Sakit kaki2 sebab banyak berjalan...Cikgu Misae siap pinjam kasut high heel mak lagi...konon nya nak bergaya... dan akhir nya... Sakit kaki yang dapat...hahahaha.



Isnin, 23 April 2012

PROSES NAIK TARAF BLOG...

Buat pengetahuan semua, aku sedang belajar untuk menaik taraf blog aku supaya lebih banyak maklumat yang boleh aku kongsikan dengan visitor2 blog aku...Tak ada lah nanti orang boring dengan blog aku ni..hehehe.


MANIK-MY TOUCH

Mula2 aku tambahkan ruangan manik my touch...Ini adalah untuk berkongsi dgn kawan2 jahitan2 manik yang aku hasilkan...Manik telah menjadi salah satu minat yang utama dalam hidup aku..Aku siap sertakan gambar2 dan jenis2 manik yang aku jahit sendiri...Aku tak copy paste orang lain punya gambar supaya originality terjamin...hehehe.Aku akan masukkan gambar sedikit demi sedikit untuk memastikan page Manik- My Touch sentiasa update dari semasa ke semasa...

RESEPI CIKGU MISAE

Di page ini pula aku ingin berkongsi masakan2 yang pernah aku masak dan yang pernah aku pelajari dari orang lain...Ada juga yang aku reka sendiri..Cuma tiada gambar untuk di upload sekali...Selalu nya, bila masak tu terus makan saja.. tak pernah terfikir aku akan mewujudkan Misae's World sebelum ini...hehehe. Tapi mulai sekarang, aku akan tangkap gambar setiap kali aku memasak...(Rajin lah pulak...:p)

Mungkin satu ari nanti akan ada page2 baru di Misae's world...Jom ikuti perkembangan BLOG MISAE'S WORLD....^_^




Sabtu, 21 April 2012

Hari Soto Sekolah dan Resepi Begedil...:)

Selamat malam pembaca2 blog...

Hari ini guru2 perempuan bekerjasama memasak soto bersama murid2...berkampung di sekolah sejak dari pagi... Aku sampai di sekolah dalam pukul 10, waktu tu kerja2 untuk menyiapkan bahan sudah di mulakan...
Macam biasa, bila menyediakan soto, begedil juga di goreng untuk menambahkan kesedapan soto.. selain itu, su-un yang digoreng, sambal kicap, bihun, dan sup ayam...

Malam ini, aku nak berkongsi resepi begedil yang sedap...hingga menjilat jari...hehehe

Begedil Ala Ain

Bahan2:

kentang
bawang goreng
daun sup di racik halus
daging kisar (rebus hingga empuk)
cili (potong dadu)
lada sulah
telur

Cara2 memasak:

  • Kentang digoreng hingga garing dam empuk...
  • apabila dah sejuk, lenyek kentang sehingga hancur...
  • masukkan daging kisar, dan gaul sebati...
  • Kemudian masuk kan pula daun sup dan cili...
  • Masukkan lada sulah...gaul lagi...
  • Last sekali, masukkan telur....
  • Bentukkan semua bahan2 td dalam bentuk bulatan kecil..
  • Celupkan dalam telur....
  • Masukkan didalam minyak panas
  • Goreng hingga garing...
Selamat Mencuba

Jumaat, 20 April 2012

Impian Untuk Blog Aku

Assalamualaikum...Selamat petang..

Hari Jumaat yang memberi seribu rahmat kepada manusia.... Dari pagi hingga ke petang, cuaca mendung dan di selangi rintik2 hujan.. :). Sejuk.... Lagi2 di kawasan rumah aku yang terletak di kaki bukit...

Malam semalam aku tidur agak lewat, mencari idea untuk mencantik kan lagi blog kesayangan aki ini.. Susah juga, untuk orang2 yang baru menceburi bidang bloggers macam aku ni... Tengok blog kawan2, hebat2 belaka...comel dan memiliki daya penarik tersendiri.. bila lah agak nya blog aku akan menjadi antara blog yang tercantik??? Hehehehe....berangan2.... :p

Mana nak cari sifu untuk belajar ni...?? Tadi dah tanya murid aku pasal nak letak lagu dalam blog.. Tapi payah sikit sebab kena guna komputer ofis... Aku tengok ada juga kawan2 yang letak animation2 yang cute2 dalam blog mereka...teringin juga buat macam tu...

Sebagai orang yang baru belajar, aku akan cuba untuk mencantikkan blog aku dari semasa ke semasa.. tak adalah orang jemu membaca..(konon nye la de orang baca...hehehe).  Yoooosshhhh..........!!!!


Rabu, 18 April 2012

Bontot Ayam Madu

Selamat petang......




Tengah2 lapar ni, seronok kalau bercerita pasal makanan....lagi2 yang kena dengan selera kita...hehehe.
Apa makanan kegemaran korang????

Antara makanan kegemaran aku ialah, ayam goreng...terutama ayam KFC..hehehe. Selain itu, satay ayam dan satay perut.... Kerang rebus, lagi2 yang separuh masak tu kan...nyum2...sedap di makan begitu saja... hingga menjilat jari....

Aku agak kurang meminati makanan berkuah, macam sup2, bandung, ayam yang di masak berkuah....tapi kalau sup kaki ayam, i like...hehehe.

Kalau pergi pasar malam, makanan yang selalu aku beli, ialah rangka ayam atau yong tau fu.... Fikirkan saja pun rasa nak meleleh air liur...(kalo dapat time ni....cdap nye... :p).

Walau pun begitu, aku sangat suka belajar masakan barat @ western. Biar pun tu bukan makanan kegemaran aku, tapi ahli keluarga aku sangat suka masakan western.. Contoh nya, chicken chop, spageti, mushroom soup, steak ayam, mashed potato... Semenjak dah bekerja ni, dah lama tak buat masakan western...

Waktu on the way balik rumah tadi, terhidu bau bontot ayam madu...nama yang kurang sedap di dengar, tapi sangat sedap di makan...hehehe. Teringin nya...... Tapi Ajim tak mahu pergi beli kan... berlapar lah saya...huhuhuhu.

Jadi apa yang kena dengan selera anda malam ni??? Bagi yang rajin itu, boleh lah pergi masak dan yang agak malas atau tak sempat, boleh singgah ke kedai untuk membeli makan malam anda....Tata~~titi~~tutu~~

Isnin, 16 April 2012

My 26th birthday

Salam hari Selasa... :)

Semalam 16 April merupakan hari lahir aku yang ke 26... Makin meningkat umur dari setahun ke setahun.. Alhamdulillah...Semoga di panjangkan umur hingga ke tahun depan...amin...

Bagi aku sambutan hari lahir kali ini sangat menyeronokkan.... Setiap kali aku masuk ke kelas, mesti nyanyian selamat hari lahir akan kedengaran...hehehehe. Seronok nya menjadi cikgu ni... Dapat pen 3 batang, dapat kad hari jadi... De jamuan makan, KFC dengan kek... Nyanyian lagu hari lahir dalam 3 versi, bahasa melayu, english dan arab...

Nak masukkan gambar, tapi tak boleh bluetooth lah pula...Mungkin lain kali aku masukkan ye... ^_^

Sabtu, 14 April 2012

Selamat Pagi Cikgu....!!



Selamat pagi Malaysia...Hari begitu indah, matahari bersinar di langit...Tak macam hari2 lain...mendung saja...
Mulakan Ahad anda dengan ceria...

Hari ini, Along akan bawa kami 1 family makan di Tutti Frutty...Betul ke ejaan macam ni? Hehehehe.. Walaupun biasa makan di restaurant2 fastfood yang lain, ini baru first time aku nak makan benda alah itu... Dengar cerita, sedap...hhmm..

Semenjak bekerja ini, tak banyak masa yang diluangkan bersama keluarga.. Along selalu sampai rumah malam, Ayang tinggal di Asrama pekerja... Tinggal, Ajim dengan emak di rumah..Aku pula kerja di petang hari.. Kadang balik awal, kadang balik malam... Sabtu, Ahad pun kadang2 kena kerja...

Kalau tak kerja, mana nak dapat duit... Harga barang di pasaran semakin meningkat... 3 orang kerja pun tidak cukup lagi untuk menampung perbelanjaan family... Apa2 pun rezeki mesti ada untuk hamba2 Allah S.W.T... Berdoa dan usahalah untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat...

Kuasa duit sekarang makin meningkat dalam kehidupan harian kita... Kemewahan harta benda menjadi sesuatu untuk dibanggakan kepada orang lain... Dengan duit, semua boleh dibeli, mahu pun kasih sayang...Itu yang wujud anak ikan dan anak ayam...'kasih sayang' yang boleh dibeli, tetapi tidak ikhlas di hati, semua ada agenda tersendiri... Berebut-rebut orang ingin mengumpul harta dunia tanpa mempedulikan akhirat..
  • Ada sesetengah orang sampai sanggup seleweng duit syarikat dan menerima rasuah...
  • Ada orang sanggup menjual tubuh badan, dan sesetengah pelajar2 IPTA/IPTS termasuk dalam kategori ini...
  • Menggunakan duit anak2 yatim untuk kepentingan sendiri..
  • Meminta sedekah @ berlakon cacat untuk mendapat simpati orang....
  • Menjual barangan tiruan walaupun mereka tahu ia boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada pembeli...
  • Bersedekah, tetapi mempromosikannya di surat khabar atau media massa yang lain..
  • Paling teruk, ada yang sanggup membunuh untuk duit..tak kira ayah dan ibu sendiri, ahli keluarga, dan lain-lain.



Semoga kita semua di lindungi daripada melakukan semua itu...amin...


Jangan Berperasangka Buruk :p

Assalamualaikum semua....

Hari ini cikgu Hamisah merasa agak bersalah kerana, cepat sangat berperasangka buruk terhadap orang lain....Kenapa???
Sebab set pinggan mangkuk yang aku order kat makcik tu telah selamat sampai kat tangan aku hari ini... Walaupun agak terkilan sebab tak dapat set tu sebelum semalam dan aku telah membeli 1 lagi set pinggan mangkuk baru semalam menggantikan set pinggan mangkuk yang aku order itu... Tiba-tiba mereka hubungi aku, beritahu set pinggan mangkuk tu dh ada ari ni, nak cancelkan pun tak boleh, jadi ambil saja lah...

Sebelum2 ini, bila tanya pasal set pinggan mangkuk yang aku order tu mereka berdiam diri...Telefon tak jawab, mesej tak dibalas..Bila aku beli yang baru, cakap pinggan mangkuk dah sampai...Adoyai... Lari bajet bulan ini..
Dan yang beruntung dalam kes ini ialah emak kesayangan aku...hehehe. Dapat 2 set pinggan mangkuk sekali gus... Tapi tak apalah, asalkan emak aku gembira... Apa yang boleh buat emak aku gembira, aku tak akan berkira dan anggap ianya berbaloi...kan...kan...kan...

Apa2 hal pun, ini merupakan pengajaran untuk aku... Nak beli barang kena hati2...Yang penting sekali, jangan beli barang dekat makcik itu lagi...Selamat Tinggal Mak Cik....Baju yang saya order sekali dengan set pinggan mangkuk itu, jangan lupa pula ya...Lepas ni, saya tak mahu beli apa2 kat makcik lagi...Terima Kasih....

Hari Lahir Emak Kesayanganku

Assalamualaikum.....salam 1 Malaysia..

Hari lahir mak aku yang ke 52 selamat, dan berjalan lancar....Kami 1 family berkumpul, beserta anak2 murid aku sebanyak 8 orang dan juga adik sepupu aku, Amin...Majlis yang sangat sederhana, beli kek Secret Recipe dengan bihun goreng beli kat kedai mamak, air sarsi...Hidang untuk tetamu... Tak sempat untuk masak sendiri, sebab anak2 perempuan di rumah aku ni, semua bekerja...hehehe. (Ade je alasan nye ye....hehehe).

Aku dan adik aku(ayang), belikan set pinggan mangkuk untuk ibu tercinta...kakak aku(along) belikan dvd kartun Candy2... Apa yang kami harap, ibu kami bahagia di hari lahirnya...LOVE YOU MOMMY...muahmuahmuah.....


Khamis, 12 April 2012

Set Pinggan Untuk Emak

Hari yang sepatutnya baik, menjadi suram...Hari ini hari jadi mak aku yang ke 52...

Aku dah tempah set pinggan mangkuk yang berharga lebih dari rm150, tapi tak sampai2 hingga hari ini...
baru tadi dapat berita, mungkin pengedar itu dah tipu...duit sudah di bayar, tetapi, barang tak sampai...Barang di jual dalam catalog...

Hal ini buat aku rasa serik nak mempercayai jualan2 yang sebegini rupa.. Apa yang boleh aku harapkan, duit aku di kembalikan...huhuhuhu. (sedih ni....) Petang ni, aku kena keluar, untuk cari hadiah baru untuk mak aku...Aku nak dia happy semasa hari lahir nya...

My mom, seorang ibu tunggal yang sangat tinggi kesabaran nya...lebih2 lagi dengan karenah anak2 nya yang 4 orang ni...Semua belum kahwin lagi...(promote la pula....hehehe) Waktu kami kehilangan arwah abah, mak sedang di tahan dalam hospital akibat penyakit2 seperti tiroid, bengkak hati, tekanan darah tinggi...Aku pula ada di Terengganu, tahun ke-2, Kos Tek. Alam Sekitar...Kakak aku di Sabah, UMS.. Yang ada waktu tu, adik lelaki dan adik perempuan aku di rumah..

Nasib baik, mak aku kuat semangatnya waktu dapat tahu tentang pemergian arwah ayah semasa dia di hospital.. Bila aku sampai di rumah, ayah aku telah selamat di kebumikan...Aku sampai rumah pada waktu malam hari, jenazah ayah aku di tanam lepas waktu asar... Keluarga aku bagai kehilangan arah, sebab kami semua hanya bergantung pada arwah ayah dalam semua hal...terutama aspek pendapatan/ perbelanjaan keluarga...

Tapi kami agak bertuah, kerana arwah ayah aku merupakan pegawai kerajaan, adalah pencen setiap bulan yang membantu kami untuk buat belanja..Mak aku pula semakin pulih...Mungkin dia rasa, dia harus kuat untuk anak2 dia...Hanya mak aku lah penguat semangat aku...Selagi aku masih hidup/ bernafas, kasih sayang aku takkan hilang...SELAMAT HARI LAHIR MAK...I LOVE YOU SOOOOOO MUCH!!!!



Jawatan Dan Tanggungjawab

selamat petang.... Setelah penat bekerja, mari kita menulis blog.. :)

Hari ni dekat sekolah, masalah guru perempuan tak selesai lagi....Pengurusan sekolah berterabur, dengan guru akademik hanya 4 orang... adoi!!

Orang2 yang mempunyai jawatan tinggi ni, sesetengahnya sukar untuk menerima pendapat orang lain.. Bagi mereka, mereka pandai mengurus sendiri segala kerja2 yang di amanah kan kepada mereka.. Pendapat orang lain di tolak mentah2, sambil berkata "Kau mana tahu bidang kerja aku ni, pandai la aku uruskan sendiri..!!!" Tapi sedarkah mereka, orang bawahan ini yang akan membantu mereka dalam melakukan segala kerja2 yang mereka uruskan itu? Dan orang bawahan ini juga yang bakal melaksanakan tugasan2 tersebut. Tanpa bantuan orang bawahan, mungkin semua kerja tak siap. Kerja2 itu juga tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna...

Jagalah hati orang bawahan anda, walaupun pelajaran mereka tidak setinggi anda..tetapi pengalaman mereka mungkin lebih banyak dari anda... Pernah juga aku mendengar cerita dari arwah ayah aku, dia mempunyai bos/ pegawai atasan baru dan muda. Berpelajaran tinggi...tetapi tidak menghormati orang lain... Walaupun pekerja bawahan tidak belajar setinggi pegawai2 atasan, tetapi pengalaman mereka lagi banyak dan umur mereka lebih tua...Nilai2 murni itu sangat penting dalam suatu organisasi, selain saling memberi pendapat dan bertolak ansur.

Kadang2 kita jadi lupa diri setelah diberi jawatan tinggi dalam company, semua aspek kita masuk ikut cara kita.. Di situlah segala masalah akan timbul, terutamanya sesama rakan setugas... Semakin tinggi jawatan, semakin tinggi lah tanggungjawab seseorang...Jalankan lah tanggungjawab dengan penuh dedikasi selain menjaga hati pekerja bawahan anda...baru lah timbul suasana yang tenang dan seronok untuk melakukan tugas2 bersama...betul kan.... :)

Owh, lupa pula...esok ialah hari lahir emak aku yang ke-52...1 set pinggan mangkuk dah aku tempah, tapi tak dapat2 lagi....harap2 dapat lah esok...boleh buat kejutan untuk emak kesayangan ku dunia akhirat....

Rabu, 11 April 2012

Status Facebook

salam satu Malaysia semua..... Cikgu Misah baru je lepas buka facebook tadi...

Kadang2 aku rasa banyak orang yang menipu dalam Facebook ni...Kebanyakkan nya tak menunjuk kan diri mereka sebenar/ realiti siapa diri mereka.... Banyak yang update status yang baik2/ nasihat2 yang ingin membawa kita ke arah kebaikan... tetapi, orang yang mengeluarkan status itu, tidak mempraktik kan apa yang mereka tulis...hhhmmm... seolah-olahnya hidup dalam kepura-puraan...

Aku pernah juga rasa macam nak keluarkan status2 yang berunsur nasihat/ agama..tapi bila fikirkan diri aku yang masih terumbang-ambing, niat tu aku batalkan...Orang sekeliling kita tahu siapa diri kita sebenar, dan orang2 itu lah yang menjadi kawan kita dalam Facebook... So, apa akan jadi bila kita keluarkan status yang tidak mencerminkan diri kita sendiri???

Jadi sebelum mengeluarkan apa2 status, fikirkan dahulu...Adakah kita melakukan apa yang kita seru kawan2 kita lakukan?? Muhasabah diri sendiri dan praktikkan apa yang kita nasihatkan kepada kawan2 kita... supaya kita tidak di lihat seperti tin kosong yang kuat berbunyi, tetapi kosong di dalam nya...

Yup, aku sangat suka membebel, jadi mungkin blog aku ini sangat sesuai untuk aku membebel sepanjang-panjangnya... :p. Meluahkan perasaan hati yang tidak mampu di dengar oleh orang sekelilingku...

Now, aku nak pergi menjamu selera... ayam masak merah dan nasik putih sedang menunggu...hehehe.

Sekolah Hai Sekolah

Hari ni Cikgu Misah kena jadi cikgu penasihat untuk rumah sukan pelajar banat..KHADIJAH nama group sukan tu... De pertandingan nasyid, syarahan bahasa melayu dan english...Ada tilawah dan hafazan..  Nama rumah sukan, tapi langsung tak ada sukan yang terlibat...lawak pula rasanya... Mungkin aku akan cadangkan pertandingan fesyen antara pelajar perempuan...hehehe

28hb April ni, sekolah akan adakan Amal Islami...Aku pun tak berapa faham pasal aktiviti2 sekolah agama ni... Dulu aku sekolah kebangsaan je... Sangat berbeza dari semua segi.. terutamanya dalam bab akademik.. Di sekolah agama tempat aku mengajar ni, akademik sangat2 rendah tahapnya. Diorang cuma pentingkan hafazan dan semua hal yang melibatkan agama sahaja..setiap hari hanya 2 jam je waktu tuk akademik..

Tak tau lah pendapat orang lain macam mana, tapi bagi aku, akademik ni sangat penting bagi setiap orang.. Orang tanpa pengetahuan am, mmg mudah di tipu...tak tau apa akan jadi masa depan (kabur).. Kerja pun susah nak dapat... dan setahu aku, orang yang sekolah pondok ni, banyak menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan. Jarang yang dapat kerja2 di ofis dan kerajaan..

Esok aku mungkin masuk 2 kelas akademik, tapi tak tau subjek apa...banyak cikgu2 perempuan dah letak jawatan. Tinggal 4 sahaja guru akademik perempuan buat masa ini, tak termasuk seorang cikgu yang sedang cuti bersalin... Sistem kat sekolah ni agak berterabur, kadang2 rasa nak quit, tapi kesian pula kat student2 yang sangat memerlukan pembimbing terutama dalam bidang akademik... Dah macam jadi kebiasaan cikgu2 kat sekolah tu bersilih ganti setiap tahun...

Aku harap rezeki aku lama lagi kat sana...Bukan untuk kebaikan aku, tapi untuk pelajar2 yang sangat memerlukan pendidikan. Selagi aku diperlukan kat sekolah ni, aku akan cuba buat yang terbaik...yoshhhhhhh!!!!

Selasa, 10 April 2012

Baju Kahwin-Jahit Manik

Kali ini saya mahu anda saksikan baju kahwin kakak sepupu saya yang saya jahit manik...biar pun hanya separuh, ia memberi impak besar dalam hidup ku ini...hehehe (ceewah...). Cik Nad-mentor, yang pakai baju biru ala2 ungu itu...my mom yang pakai baju purple+cokelat.Kakak ku yang kecil, berdiri di sebelah kanan Cik Nad. Adik lelaki aku dengan sweater nya...

Dah lama jugak la gambar ni...kakak sepupu aku ni pun dah dapat baby boy...:)

cepat nya masa berlalu~~''

Cikgu Misae

This is me... :O
Macam ganas je kan....hehehe.
Selain jahit manik, aku sangat suka make up... Dah macam2 jenis make up yang aku cuba..
Amatur, memang tak berapa menjadi lah kan...


 Inilah Cik Hamisah yang sebenarnya....hehehe. Cun tak...?? Tak kot...cute tu adelah sikit...
Gabungan Baba nyonya dan Bugis di sebelah family ayah...
 Mamak dan Melayu di sebelah emak....
Agak2 ade yang berkenan tak...hehehe


Pengenalan Pekerjaan Aku

serba sedikit tentang aku yang mungkin orang nk tahu (konon nye la...hehehehe). aku sekarang keje sebagai guru di sekolah agama di sekitar ampang. Cikgu sains dan matematik... selain tu aku suka menjahit manik... ape yang aku bangga dengan diri aku ialah, aku x pernah mengikuti mane2 kelas menjahit manik...mahal woooo... so, belajar la sendiri... 

 

Teringat aku masa mula-mula aku start jahit manik... Aku penganggur waktu tu... bosan sangat kat rumah... aku pergi ipoh, dok kat umah sepupu aku... aku panggil die Cik Nad... Biar pun nama dia panjang....Sharifah Harizah Adibah...hehehe. Dia pernah kerja kat butik pengantin, die pun ajar aku jahit manik... Pertama kali aku jahit manik, kat baju kahwin kakak sepupu aku. Hawa nama dia... 

 

Alhamdulillah..baju tu sangat lawa..(puji diri sikit..:p). walaupun aku tak jahit sepenuhnya, tapi hampir separuh dari baju tu, ialah hasil kerja tangan aku..

 

bermula dari situ lah aku terus memulakan pekerjaan sebagai penjahit manik separuh masa... Pernah juga aku give up, sebab tak ada tempahan dari orang waktu awal2 nak memulakan business.. Galakan dari family, dan kawan2 buat aku terharu sangat... salah seorang yang memberi galakan ialah kawan baikku semasa matrikulasi...Farizan Hanasil. Dia sanggup hantar baju dia dari Kelantan semata-mata nak bagi support kat aku...Terharu kan...huhuhuhu. 

 

Jadi inilah aku Cikgu Hamisah merangkap penjahit manik di Ampang...:)

Salam Perkenalan....


Jumaat, 16 Mac 2012

BERMULANYA BLOG MISAE'S WORLD ^_^

Hai...new blog is coming to town...
salam perkenalan... Dalam blog ini aku akan berkongsi pengalaman hidup, pahit dan manis...
Sedikit ilmu dan nasihat, pendapat tentang isu2 semasa, pengetahuan am dan moral....
Segala pendapat dan pandangan visitor sangat2 di alu-alukan.... 
terima kasih...^_^ v